Tip Penggunaan

Tip Penggunaan Puff IT:

  1. Sebelum menggunakan produk ini, anda perlu memastikan kulit anda tidak alah pada kandungan mineral yang terdapat pada PUFF IT. walaupun ia 100% dari sumber alam dan bebas kimia, mungkin ia tidak serasi pada kulit anda (sangat-sangat jarang terjadi). Bagi mengujinya, sila sapu serbuk bedak ini di sebahagian kecil kawasan pada pangkal lengan bahagian dalam dan biarkannya selama 24jam. jika tiada iritasi, kesan merah, gatal-gatal dan alergi, anda boleh meneruskan perawatan dan pemakaiannya seperti biasa.
  2. PUFF IT digunakan pada seluruh bahagian tubuh tetapi pihak kami tidak sarankan ia digunakan pada kawasan-kawasan yang memerlukan pembentukan secara tepat seperti alis mata/ kening dan juga di bahagian-bahagian sensitif anggota tubuh seperti lubung hidung, telinga, bibir kemaluan, puting payudara serta pada bahagian kulit yang terluka, menggelupas, tahi lalat dan kutil. Hindari dari terkena mata dan mulut.
  3. Sapukan/oles serbuk PUFF IT menggunakan tangan yang kering secara merata dan tipis sahaja (seperti memakai bedak muka) di bahagian yang ingin dibuang bulu. Pastikan kawasan yang ingin dirawat juga sudah dikeringkan terlebih dahulu. Lakukan langkah mudah ini 2 kali sehari selepas mandi. tidak perlu dibilas.
  4. Bagi mendapatkan kesan maksimal dan cepat, sebelum menggunakan  PUFF IT buat kali pertama, anda disarankan membuang terlebih dahulu bulu-bulu yang tumbuh dan tidak diingini itu dengan kaedah yang mampu mencabutnya hingga ke akar seperti waxing/tweezing (pinset) agar sapuan bedak ini dapat menyerap masuk ke liang-liang roma rambut dengan lebih baik. jika kulit anda sensitif selepas melakukan cabutan/waxing, sila tunggu keesokan hari/24jam selepasnya atau sehingga kulit anda normal semula sebelum meneruskan penggunaan PUFF IT.
  5. Jika anda memilih untuk tidak membuat kaedah 4 di atas, tindakbalas/kesan PUFF IT akan lambat diperolehi, dan memerlukan masa 2 kali ganda lebih lama untuk melihat hasilnya. Harus diingatkan, PUFF IT memberikan hasil yang segera, pengguna perlu rajin melakukan rawatan secara rutin dan bersabar. Sentiasalah mencabut bulu-bulu roma yang tumbuh semula sewaktu tempoh rawatan agar kandungan PUFF IT mudah meresap/menyerap ke liang-liang roma dan melemahkan akarnya.
  6. Penggunaan sabun berpelembab dan krim/losyen di bahagian-bahagian di rawat SANGAT TIDAK DIGALAKKAN. Walaupun ia berfungsi melembabkan kulit, tapi ia turut menyuburkan kembali pertumbuhan bulu yang tidak diingini. jika kulit anda kering, sila gunakan minyak bayi sahaja seminggu sekali.

#NOTA:
Kesan bagi setiap individu adalah berbeza walaupun PUFF IT dipakai/diamalkan mengikut cara yang disarankan. faktor keturunan, hormon, ketebalan bulu roma dan kawasan rawatan merupakan antara penyebab cepat atau lambatnya kesan yang diingini kelihatan pada diri pengguna. usah putus asa, bersabarlah dan lakukan rutin ini setiap hari dan dalam beberapa bulan pasti akan terlihat hasilnya. insyaallah.